Skip to main content

Experience when COVID-19

Student Life
260720


Assalamualaikum guys,
Lama Nurul tak bersiaran kan, ada yang rindu ke?

So harini Nurul akan ceritakan pengalaman Nurul ketika Coronavirus Disease 2019 (COVID-19).
Seperti yang semua maklum COVID-19 ni virus yang sangat merbahaya dan merebak melalui sentuhan. Seperti yang korang semua maklum, virus COVID-19 ni terjadi di Wuhan, China. Ada dakwaan yang mengatakan virus ni terjadi sebab mereka makan binatang yang eksotik dan pasar yang jual binatang eksotik tu kotor. Ada juga yang kata virus tu daripada kelawar. Entah la, Nurul pun tak pasti.

Walaubagaimana pun kita dinasihatkan supaya:-
1. Sentiasa membasuh tangan. Nak keluar kena basuh tangan. 
2. Pakai mask. 
3. Tak boleh sentuh-sentuh walaupun untuk bersalaman.
4. Bawa hand sanitizer.
5. Jaga penjarakan sosial. Tak boleh berhimpit, tak boleh bersesak-sesak. 

Mula-mula memang tak biasa tapi lama-lama dah jadi rutin kan.

Nurul nak ceritakan pengalaman ketika COVID-19 ni sebab Nurul percaya mesti setiap orang berbeza keadaannya ketika hadapi COVID-19 ni. Bagi Nurul, masa Malaysia umumkan perintah berkurung pada 18/3/2020. Pada tarikh tu, Nurul kat Kota Bharu. Semua orang dah balik waktu tu, Nurul je kat rumah sewa. Kenapa tak balik lagi? Sebab tak balik rumah lagi sebab Nurul nak siapkan assignment sebelum balik. Kalau kat rumah, line slow, wifi tak ada. Jadi siapkan cepat-cepat baru lah boleh balik. Nanti tak payah fikir pasal asignment dah. 20/3/2020 barulah Nurul balik. Selalu kalau balik Nurul balik naik bas je. Tapi disebabkan COVID-19, awal-awal lagi family dah pesan jangan balik naik bas, diaorang akan ambik.

20/3/2020 pagi-pagi lagi abah datang ambik. Membebel jugak lah sebab semua orang dah balik, tinggal Nurul je. Sebenarnya masa Nurul kat rumah sewa tu Nurul tak tengok berita tau. TV rosak, handphone pun bukan tengok berita pun, buat benda lain. Okay ni salah diri sendiri. Sebab tu lah, Nurul tak tahu langsung pasal COVID-19 ni. Rasa macam virus biasa je ni. Tapi masa duduk kat KB tu tengok semua kedai dah tak buka kecuali TESCO la. Tapi kalau nak pergi pun tak boleh, sebab masa tu tak ada mask.

Nurul bukannya tak nak beli mask tau waktu tu, tapi semua dah habis. Face mask habis, hand sanitizer pun habis. Masa mula-mula tu cuak la juga, paranoid bila kat TESCO, sebab ramai orang kan. Tapi kejap je rasa paranoid tu, lepas tu okay je.

Bila on the way nak balik tu, ada polis tau kat jambatan. Bila tengok diaorang buat pemeriksaan tu, menakutkan jugak la. Walaupun kita tak ada buat salah, tapi still takut. Abah pula takut kereta tak lepas jambatan tu. Takut kena u-turn, tapi nasib baik tak ada apa-apa masalah. Lepas daripada tu, berkurung la kami anak-baranak kat rumah. Abah je keluar beli barang dapur.

Selalunya ma yang beli barang dapur, tapi disebabkan perintah berkurung ni ketua keluarga yang kena keluar, abah la kena keluar dan beli. Biasalah bila tak biasa beli mesti ada barang yang abah tersilap beli sekali-sekala.  

Adik Nurul lagi senang, sebelum COVID-19 ni pun dia memang berkurung dalam bilik (main game, tidur) jadi tak ada masalah la untuk dia. Tak ada lah macam cacing kepanasan macam orang lain.

Bila dibenarkan keluar baru kami keluar. Tapi hikmahnya perintah berkurung ni untuk keluarga Nurul, kami dah mula sembahyang berjemaah untuk terawih, lepas Ramadhan kami teruskan lagi. Walaupun bukan untuk semua waktu, tapi solat isyak kami berjemaah. Okay la kan, daripada tak ada langsung.

So, itu lah serba sedikit pengalaman Nurul keika COVID-19 dan PKP.

Pengalaman korang ketika COVID-19 & PKP pula macam mana?

Thank you dear, sudi baca my blog. If you want to share anything, just comment okay. 
  

Comments

Popular posts from this blog

PTPTN + Step By Step

STUDENT LIFE 111219 Assalamualaikum guys, Harini Nurul nak cerita pasal PTPTN. Blog ni khusus untuk student macam korang yang mula-mula nak apply PTPTN ni @ kali kedua nak mohon. Sebelum Nurul bagitahu step-step yang korang kena buat, Nurul bagitahu dulu serba sedikit pasal PTPTN ye. PTPTN ni salah satu cara untuk student dapatkan pinjaman untuk pelajaran. Selain PTPTN ada jugak pinjaman MARA, JPA dan lain-lain lagi lah.  Ada beberapa perkara yang korang kena buat selepas korang dapat surat tawaran sambung belajar. 1. Bukak akaun SSPN Untuk dapatkan pinjaman PTPTN ni, korang kena bukan akaun SSPN ni dulu. Pihak PTPTN wajibkan ye, lepas dah ada akaun SSPN barulah korang boleh buat permohonan. Nak bukan akaun SSPN ni korang boleh pergi pejabat pos pun dah okay. Korang cuma perlu Rm 10@ Rm 20 untuk buka akaun tu. Dulu dia akan bagi buku bank. Tapi sekarang ni tak payah buku bank dah. 2. Beli no.pin Lepas dah buka akaun SSPN, korang kena beli no.pin. No....

Presentation Tips

Student Life 181219 Assalamualaikum guys, I'm back after so long, do you miss me? Okay, the reason why I'm not posting any blog for a couple of days is that I have a test and presentation. It's such a hectic day. So long story short, my lecturer comments on our presentation and I thought it will be best if I posted here. We all can learn a very valuable lesson here. Tips 1. Prepare your slide When I meant prepared your slide is, you need to know the content of your slide so that you can elaborate it in front of your audience. Make sure the word, picture or example is prepared by you and not from your other group members if you are the want that wants to present the topic.  2. Words from the slide must be clear. When you write the content, you need to make sure that the point that you prepare can be readable for audiences. It is important to make sure that the audience can also see and read your slide. It means that you only put important points o...

Asrama starter pack + Resepi Vietnamese Roll

STUDENT LIFE 101219 Assalamualaikum guys, Harini Nurul nak share makanan yang korang sepatutnya makan sebagai student, okay. Jangan asyik makan mee segera @ maggie je. Tak elok. Nurul faham sebagai student ni kita tak ada duit sangat, dan tak cukup masa. Ye lah, duit yang ada tu nak beli makanan, print assignment, buku, toiletries, dan banyak lagilah. Benda yang kecik-kecik tu yang kita tak sedar padahal dah buat duit belanja kita habis. Walaubagaimana pun, kesihatan kita pun kena jaga jugak tau. Badan ni kita nak guna lama. Tak nak lah umur 20 dah sakit-sakit.  Antara makanan yang korang sepatutnya beli selain daripada maggie ialah:- 1. Roti - Roti slice tu korang sebagai student boleh la makan. Yang kecik Rm 2.50 yang panjang Rm 3.50. Letak jam @ kaya pun dah sedap. Makan macam tu pun dah sedap. Makan dengan air tea o panas lagi best. 2. Biskut - Selain daripada roti, korang boleh beli biskut. Biskut Cap Ping Pong pun dah okay. Harga dalam Rm 4 lebih. ...