Skip to main content

Harga Braces dan Process

260326

Assalamualaikum semua, lama tak borak dekat sini kan. Jadi harini Nurul nak share perjalanan Nurul ketika buat Braces. Pada sesiapa yang belum tahu, gigi Nurul sebenarnya tak teratur pada bahagian hadapan. Nampak tak cantik lah bila senyum. Jadi Nurul decide nak pakai braces.  

Seminggu sebelum puasa tahun 2021 tak silap Nurul decide nak pakai braces. Tapi sebelum tu, Nurul ada tanya kawan proses dia buat braces, berapa harga, dekat mana. So, sebelum buat braces ni kena survey betul-betul dulu tau. Bukannya terus pakai je.



1. Survey harga keseluruhan, klinik gigi, rawatan, bayaran bulanan dan lain-lain.

    Kalau tempat yang Nurul buat ni, bayaran keseuruhan RM3000. Deposit kita kena bayar RM800. Bulanan kena bayar RM100. 

Klinik yang Nurul buat braces adalah di Klinik Sofea, Tanah Merah. Dia ada beberapa cawangan lain jugak, contohnya pengkalan chepa, kota bharu. Bagusnya bila klinik ni banyak cawangan ialah, apabia kita nak tukar lokasi, senang untuk berurusan. Contohya, Sebelum ni Nurul kerja di Kota Bharu so kalau nak pergi buat apointment, memang akan ke kota bharu la kan, sebab dah dekat. 

    Tapi..bila Nurul tukar tempat kerja. Hah!!! macam mna tu?? 

    Nurul kena transfer ke Kuala Terengganu, tp stil boleh pergi lagi kan klinik gigi sofea cawangan kota bharu. Tapi... bila dah kena transfer ke Johor...macam mana pulak tu??? 

    So, nak dijadikan cerita, Nurul kena transfer ke Johor, jadi nk ke klinik gigi xboleh a setiap bulan, kena buat 2 bulan sekali. So still ok. Tapi, rumah Nurul area Tanah Merah. Kalau nk ke Kota Bhru tu ambi masa, Jadi kita pun tnya lah ada tak cawangan di Tanah Merah. Nasib baik ada! So, apa-apa apointment gigi dah tak perlu pergi Kota Bharu. Just ke Tanah Merah je, dekat sikit. 

    Kenapa tak cari cawangan di Johor? 

    - Sebab Klinik gigi Sofea xde lagi cawangan di Johor.

    Kenapa tak tukar je klinik gigi yang lain?

    - Nurul ada tengok la youtube kan, dia cakap, doktor kurang setuju kalau nak ambik case daripada orang lain. Dia macam, tu hasil kerja dia, kenap aku pulak yang kena settle kan. Faham tak? Lebih kurang macam tu lah. Dia pun xsuka kalau tiba-tiba ada problem kan, dia pulak yang kena bertanggungjawab. Lebih kurang macam tu lah yang Nurul dengar. Kalau salah, Nurul mintak maaf ye. Tapi nak senang, kita stick je dengan 1 doktor. 

    Kaau case Nurul ni..walaupun berlainan doktor, tapi disebabkan dari cawangan yang sama, so sebab tu dia terima. 

2. Molding

    Lepas bayar dia akan buat molding, nak tgk keadaan gigi kita. 

3. Cabut gigi

    Tengok keadaan gigi, samada perlu cabut ke tak. Rasanya 1@ 2 batang gigi juga Nurul kena cabut gigi. Tak ingat dah. Walaupun pada pandangan kita xperlu pun cabut, tapi disebabkan doktor lagi pakar, so kita kena dengar nasihat dia. HAHAHAH..

Cabut gigi pun kena bayar asing tau. Tengok lah berapa dia charge untuk sebatang, mungkin RM70 -RM100 kot utk sebatang, tak ingat dah. standby je tau.

4. Pakai braces.

    Nak pakai braces ni pun ada 2 jenis, 

Conventional Metal braces

Ceramic braces

          Nurul ambik yang metal braces, sebab agi murah. HEHEHE..
          Nanti setiap bulan atau setiap 2 bulan kita kena pergi appointment dan tukar getah. Nanti korang boeh pilih la warna apa yang korang nak. Selalunya Nurul ambik warna hitam je. Jangan ambik warna hijau atau kuning pulak. Tu pun Nurul baca-baca apa yang orang ain nasihat. 
Dah pergi appointment tu sediakan duit RM100 ye. 

5. Retainer

Bila dah ok, doktor akan buang metal braces tu dah akan tukar ke retainer. Pakai setiap hari kecuali makan. Tidur pun kena pakai tau. Sekurang-kurangnya untuk 6 bulan. Nurul tak pasti kena bayar asing ke tak retainer ni. Tapi yang pasti kalau dah pecah atau rosak, kena bayar dan buat semula ye. 

Hasilnya gigi korang pun akan cantik. Confident pun akan meningkat. 
Sesiapa yang nak pakai, make sure survey betul-betul ye klinik yang korang nak buat tu. Kalau doktor yang tak mahir, habis gigi korang!!! Duit pun nanti banyak yang burn. 

Nurul ada je dengar, kisah orang lain yang buat braces, dia buat sampai RM7000, standard la sebab bukan di Kelantan. Lepas tu, doktor tu xpandai, jadi kena melabur lagi duit untuk cantikkan balik gigi dia. Kesian kan.. So apa-apa pun tengok review, tengok betul-betul komitment kita, boleh tak bayar bulan-bulan sehingga habis. 

Akhir sekali, semoga perjalanan korang yang nak buat braces tu berjalan dengan lancar.







Comments

Popular posts from this blog

PTPTN + Step By Step

STUDENT LIFE 111219 Assalamualaikum guys, Harini Nurul nak cerita pasal PTPTN. Blog ni khusus untuk student macam korang yang mula-mula nak apply PTPTN ni @ kali kedua nak mohon. Sebelum Nurul bagitahu step-step yang korang kena buat, Nurul bagitahu dulu serba sedikit pasal PTPTN ye. PTPTN ni salah satu cara untuk student dapatkan pinjaman untuk pelajaran. Selain PTPTN ada jugak pinjaman MARA, JPA dan lain-lain lagi lah.  Ada beberapa perkara yang korang kena buat selepas korang dapat surat tawaran sambung belajar. 1. Bukak akaun SSPN Untuk dapatkan pinjaman PTPTN ni, korang kena bukan akaun SSPN ni dulu. Pihak PTPTN wajibkan ye, lepas dah ada akaun SSPN barulah korang boleh buat permohonan. Nak bukan akaun SSPN ni korang boleh pergi pejabat pos pun dah okay. Korang cuma perlu Rm 10@ Rm 20 untuk buka akaun tu. Dulu dia akan bagi buku bank. Tapi sekarang ni tak payah buku bank dah. 2. Beli no.pin Lepas dah buka akaun SSPN, korang kena beli no.pin. No....

Presentation Tips

Student Life 181219 Assalamualaikum guys, I'm back after so long, do you miss me? Okay, the reason why I'm not posting any blog for a couple of days is that I have a test and presentation. It's such a hectic day. So long story short, my lecturer comments on our presentation and I thought it will be best if I posted here. We all can learn a very valuable lesson here. Tips 1. Prepare your slide When I meant prepared your slide is, you need to know the content of your slide so that you can elaborate it in front of your audience. Make sure the word, picture or example is prepared by you and not from your other group members if you are the want that wants to present the topic.  2. Words from the slide must be clear. When you write the content, you need to make sure that the point that you prepare can be readable for audiences. It is important to make sure that the audience can also see and read your slide. It means that you only put important points o...

Asrama starter pack + Resepi Vietnamese Roll

STUDENT LIFE 101219 Assalamualaikum guys, Harini Nurul nak share makanan yang korang sepatutnya makan sebagai student, okay. Jangan asyik makan mee segera @ maggie je. Tak elok. Nurul faham sebagai student ni kita tak ada duit sangat, dan tak cukup masa. Ye lah, duit yang ada tu nak beli makanan, print assignment, buku, toiletries, dan banyak lagilah. Benda yang kecik-kecik tu yang kita tak sedar padahal dah buat duit belanja kita habis. Walaubagaimana pun, kesihatan kita pun kena jaga jugak tau. Badan ni kita nak guna lama. Tak nak lah umur 20 dah sakit-sakit.  Antara makanan yang korang sepatutnya beli selain daripada maggie ialah:- 1. Roti - Roti slice tu korang sebagai student boleh la makan. Yang kecik Rm 2.50 yang panjang Rm 3.50. Letak jam @ kaya pun dah sedap. Makan macam tu pun dah sedap. Makan dengan air tea o panas lagi best. 2. Biskut - Selain daripada roti, korang boleh beli biskut. Biskut Cap Ping Pong pun dah okay. Harga dalam Rm 4 lebih. ...