Skip to main content

Simpanan Cash, Emas Perhiasan, Gold Bar @ Dinar Mana Lebih Untung?

 STUDENT LIFE

240523

SIMPANAN CASH, EMAS PERHIASAN, GOLD BAR @ DINAR YANG MANA LEBIH UNTUNG?

Sebagai seorang individu yang ada kehendak & keperluan, simpanan ni penting sebenarnya. Tak kira lah jumlah yang kita simpan setiap bulan tu sedikit atau besar, yang penting kita konsisten simpan. Jangan pernah rasa sia-sia simpan. Sia-sia simpan, kalau yang kita simpan tu sikit. Jangan!. Sia-sia kita simpan kalau nak dibandingkan dengan adik-beradik kita yang ada simpanan lagi banyak. Jangan!. Tapi ada jugak yang fikir, buat apa nak simpan, baik duit yang ada tu kita guna sepenuhnya. Ye lah dah kerja keras, lepas tu tak boleh nak spend. Ruginya. Salah tu ye kawan-kawan, mentaliti macam ni tak sepatutnya ada. Ada sesetengah orang kan dia amalkan YOLO (You Only Live Once), takde simpanan. 

Dengan ada simpanan, walaupun tak seberapa boleh bantu kita kalau tiba-tiba kita ada kecemasan. Contoh, kemalangan, sakit, atau tiba-tiba dibuang kerja. Semua benda yang saya sebeutkan tadi, semuanya kita tak nak berlaku, tapi siapa lah kita dapat elakkan takdir ketentuan Allah S.W.T. Bahagian kita adalah kita buat persiapan yang kita mampu. 

Antara caranya untuk mempersiapkan diri adalah ada dengan menyimpan wang tunai/cash, gold bar atau dinar. Apa beza cash, gold bar & dinar.



Wang Tunai/Cash

Duit yang kita simpan dibank atau tabung simpanan seperti ASB, Tabung Haji atau tempat lain. Duit ni senang kita nak ambik.


Emas Perhiasan

Emas perhiasan ni bagus untuk simpanan kecemasan atau untuk pelaburan. Tapi ada beberapa perkara yang perlu kita ambik kira. Kalau kita nak buat emas perhiasan sebagai pelaburan, emas tu kena lebih 5 tahun, takkan lah kita beli emas harini tahun depan dah nak jual. Memang tak untung la kita. Lagi satu kalau nak jadikan emas perhiasan sebagai pelaburan kita kena cari design yang simple. Contoh cincin belah rotan, memang simple kosong je. Jadi upan yang dikenakan kosong. Kalau design yang kita pilih tu pelik-pelik(cantik sangat) berkemungkinan, upah dia tinggi. Tapi ok je kalau nak, tak de orang paksa pun.Lagipun cantikkan, puas hati beli.


Gold Bar

Gold Bar adalah salah satu cara untuk kita simpan atau buat pelaburan dimasa depan. Gold bar boleh dibeli di public gold serendah 0.5gram (anggaran Rm200). Kita boleh beli o.5g, 1g, 5, 10g..Gold bar bentukknya rectangle. Selalunya orang beli gold bar untuk koleksi, sebab public gold keluarkan bermacam-macam design. Contoh, mickey mouse edition, harry potter edition, hari raya edition dan banyak lagi. Ada orang kata, gold bar ni tak bernilai untuk jual, melainkan kepada orang yang kumpul edition-edition ni. Tapi sebenarnya salah tau. Kalau nak jual kat sesiapa pun, gold bar ni sama je bernilai dengan dinar, cuma dinar bentukkya bulat. Itu je. Takpe kalau nak beli goldbar, go ahead.

 

Dinar.

Dinar yang macam tadi saya explain, dinar ni berbentuk bulat. 1 dinar bersamaan 4.25g. 1 dinar lebih kurang RM1,328.00. Kepada sesiapa yang nak beli dinar boleh beli, dinar emas ni 999.9 peratus ketulenan emas. Maksudnya 999.9 emas.

Last but not least, bagi saya untuk simpanan dan pelaburan, gold bar & dinar sama-sama menguntungkan. Untuk emas perhiasan pula boleh je sekali-sekala kita beli untuk kita perempuan ni supaya lebih berseri. Selamat menyimpan, kalau ada hutang settlekan hutang dulu ye. Semoga dengan simpanan yang dibuat dapat membantu kita di masa hadapan. Insyaallah. Selain simpanan, yang dapat bantu kita, ada cara lain untuk bantu kita, nanti saya share eh. 

Thank you. 

p/s: gambar from google

Comments

Popular posts from this blog

PTPTN + Step By Step

STUDENT LIFE 111219 Assalamualaikum guys, Harini Nurul nak cerita pasal PTPTN. Blog ni khusus untuk student macam korang yang mula-mula nak apply PTPTN ni @ kali kedua nak mohon. Sebelum Nurul bagitahu step-step yang korang kena buat, Nurul bagitahu dulu serba sedikit pasal PTPTN ye. PTPTN ni salah satu cara untuk student dapatkan pinjaman untuk pelajaran. Selain PTPTN ada jugak pinjaman MARA, JPA dan lain-lain lagi lah.  Ada beberapa perkara yang korang kena buat selepas korang dapat surat tawaran sambung belajar. 1. Bukak akaun SSPN Untuk dapatkan pinjaman PTPTN ni, korang kena bukan akaun SSPN ni dulu. Pihak PTPTN wajibkan ye, lepas dah ada akaun SSPN barulah korang boleh buat permohonan. Nak bukan akaun SSPN ni korang boleh pergi pejabat pos pun dah okay. Korang cuma perlu Rm 10@ Rm 20 untuk buka akaun tu. Dulu dia akan bagi buku bank. Tapi sekarang ni tak payah buku bank dah. 2. Beli no.pin Lepas dah buka akaun SSPN, korang kena beli no.pin. No....

Presentation Tips

Student Life 181219 Assalamualaikum guys, I'm back after so long, do you miss me? Okay, the reason why I'm not posting any blog for a couple of days is that I have a test and presentation. It's such a hectic day. So long story short, my lecturer comments on our presentation and I thought it will be best if I posted here. We all can learn a very valuable lesson here. Tips 1. Prepare your slide When I meant prepared your slide is, you need to know the content of your slide so that you can elaborate it in front of your audience. Make sure the word, picture or example is prepared by you and not from your other group members if you are the want that wants to present the topic.  2. Words from the slide must be clear. When you write the content, you need to make sure that the point that you prepare can be readable for audiences. It is important to make sure that the audience can also see and read your slide. It means that you only put important points o...

Asrama starter pack + Resepi Vietnamese Roll

STUDENT LIFE 101219 Assalamualaikum guys, Harini Nurul nak share makanan yang korang sepatutnya makan sebagai student, okay. Jangan asyik makan mee segera @ maggie je. Tak elok. Nurul faham sebagai student ni kita tak ada duit sangat, dan tak cukup masa. Ye lah, duit yang ada tu nak beli makanan, print assignment, buku, toiletries, dan banyak lagilah. Benda yang kecik-kecik tu yang kita tak sedar padahal dah buat duit belanja kita habis. Walaubagaimana pun, kesihatan kita pun kena jaga jugak tau. Badan ni kita nak guna lama. Tak nak lah umur 20 dah sakit-sakit.  Antara makanan yang korang sepatutnya beli selain daripada maggie ialah:- 1. Roti - Roti slice tu korang sebagai student boleh la makan. Yang kecik Rm 2.50 yang panjang Rm 3.50. Letak jam @ kaya pun dah sedap. Makan macam tu pun dah sedap. Makan dengan air tea o panas lagi best. 2. Biskut - Selain daripada roti, korang boleh beli biskut. Biskut Cap Ping Pong pun dah okay. Harga dalam Rm 4 lebih. ...