Skip to main content

PTPTN + Step By Step

STUDENT LIFE
111219



Assalamualaikum guys,

Harini Nurul nak cerita pasal PTPTN. Blog ni khusus untuk student macam korang yang mula-mula nak apply PTPTN ni @ kali kedua nak mohon. Sebelum Nurul bagitahu step-step yang korang kena buat, Nurul bagitahu dulu serba sedikit pasal PTPTN ye. PTPTN ni salah satu cara untuk student dapatkan pinjaman untuk pelajaran. Selain PTPTN ada jugak pinjaman MARA, JPA dan lain-lain lagi lah. 



Ada beberapa perkara yang korang kena buat selepas korang dapat surat tawaran sambung belajar.

1. Bukak akaun SSPN
Untuk dapatkan pinjaman PTPTN ni, korang kena bukan akaun SSPN ni dulu. Pihak PTPTN wajibkan ye, lepas dah ada akaun SSPN barulah korang boleh buat permohonan. Nak bukan akaun SSPN ni korang boleh pergi pejabat pos pun dah okay. Korang cuma perlu Rm 10@ Rm 20 untuk buka akaun tu. Dulu dia akan bagi buku bank. Tapi sekarang ni tak payah buku bank dah.

2. Beli no.pin
Lepas dah buka akaun SSPN, korang kena beli no.pin. No.pin ni korang boleh beli di atm @ di kaunter BSN. Rasanya no.pin untuk degree Rm 5. Nurul tak pasti. Untuk master yang Nurul ambik sekarang ni, no.pin pihak Uitm bagi. Sebab masa tu dia ada buat promosi bagi student yang apply MBA di UiTM Kota Bharu. Kalau untuk master no.pin Rm 50.

3. Isi permohonan pinjaman melalui online.
Korang boleh pergi portal PTPTN dan buat permohonan. Samada permohonan kali pertama @ kali kedua. Kalau kes Nurul ni, Nurul dah buat pinjaman kali kedua. Masa degree buat pinjaman kali pertama, dapat Rm 18 000 lebih dan sekarang ni pinjaman kali kedua. 

Perkara yang korang perlu isi

-Butiran peribadi pemohon (nama, alamat, no.akaun SSPN, etc.)
-Butiran pekerjaan pemohon (yang ni kalau korang dah kerja boleh la isi)
-Butiran penjaga (kena letak 2 orang penjaga)
-Butiran khusus (tentang IPT yang korang dapat, lepas tu isi no.akaun yang pihak Universiti suruh. Contoh macam UMK bank yang dia suruh ada ialah Bank Islam.
-Keputusan peperiksaan

4. Lepas siap isi tu korang kena tunggu maklum balas dari pihak PTPTN. Kalau Nurul masatu check pada hari ke-12 Pinjaman PTPTN Nurul dah diluluskan. Rasanya awal lagi, tapi tak peka kan, jadi lambat pulak. Korang kena peka tau dengan tarikh-tarikh ni. Take Note tau!. Dalam seminggu dua dah boleh check dah samada dapat atau tak. Tapi selalunya dapat lah.

5. Lepas tu korang boleh la print semua borang yang dia nak tu. Ikut semua arahan yang dia tulis. Dia nak 2 salinan, korang buat 2 salinan. Saksi tu masa degree rasanya Nurul suruh penghulu kampung. Ntah tak ingat. Time Master ni, Nurul kena ambik saksi dari pensyarah.

6. Lepas tu korang boleh la beli setem hasil. Kalau nak beli awal pun boleh. Tak ada masalah. Nanti korang beli 2 setem hasil ye. 1 setem hasil tu Rm 10. Jadi korang kena sediakan Rm20 ye.

7. Siap semua yang dia nak, korang boleh la hantar kat pejabat PTPTN. Dia bergantung kepada Universiti sebenarnya, kalau kat UMK dulu, pihak PTPTN ada datang dan uruskan kat UMK. Tapi kat UiTM, disebabkn bilangan pelajar tak ramai, so student tu sendiri kena pergi kat pejabat.

8. Tunggu duit masuk. Nanti dia akan hantar email kat korang bila duit tu dah di masukkan. Kalau Nurul masa tu ambik masa dalam 16 hari je.

So, Nurul harap korang dapat belajar dengan tenang lah lepas dapat duit tu. Ye lah tak ada la nak fikir masalah duit sangat kan. Walaupun duit tu banyak habis untuk bayar yuran je. Tapi tak apa lah. Bersyukur lah ye..

Itu saje dari Nurul harini, kalau korang nak tahu apa-apa lagi boleh comment kat bawah ye.

Thank you, guys.

p/s: gambar dari google.

Comments

  1. Hi nak tanya. Ptptn saya dah lulus dan jumlah yang lulus tu dalam RM 9000. Jadi RM 9000 tu dapat satu sem ke mcm mana? Boleh terangkan tak?

    ReplyDelete
  2. Rasanya bukan untuk satu sem tu.

    Cth; pinjaman saya yg lulus atau keseluruhannya adalah Rm18000 utk degree. Jadi Rm18,000 tu dia akan bahagi untuk 8 sem. Jadi 1 sem saya akan dapat dalam Rm2,250 macam tu.

    Jadi dengan duit tu la untuk bayar yuran, duit makan, duit buku😁😊

    Itu yg saya faham la. Harap membantu.

    ReplyDelete
  3. Salam.. nk tanya 3 soalan:

    1. Apply PTPTN lepas dah dapat offer letter dari universiti ke?

    2. PTPTN luluskan loan based pada total yuran daripada universiti ke? Contohnya total yuran untuk 4 sem adalah RM18,000. So PTPTN bagi RM18,000. Camtu ke?

    3. Duit PTPTN yang masuk setiap sem tu dia dah tolak siap-siap ke yuran atau kita kena manual bayar pada universiti?

    Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1. Ye. Tp utk case sy masa degree pihak ptptn ada dtg kt U. Tp masa master nurul pergi pejabat ptptn dan hntr borang tu.

      2. Bukan rasanya. Pihak ptptn akan bg jumlah berdasarkan jumlah pendapatan/ gaji keluarga kita. Cth kalau gaji family kita bnyak, pinjaman ptptn akan dpt kurang drpd org lain. (Sorry kalau salah info)

      3. Kalau masa degree kt umk dulu, dia tolak siap2 duit yuran. Masa master kita kena manually bayar.
      Boleh byr di kaunter bank atau mesin atm.

      Sorry lmbat reply & harap membantu.

      Delete
    2. Terima kasih atas respon.. doakan saya plak boleh sambung Master

      Delete
    3. Insyaallah. Semoga awak dikurniakan rezeki utk sambung belajar & terus bersemangat utk menimba ilmu. Amin..

      Delete
  4. Assalamualaikum, sis. Terima kasih untuk info. Saya nak tanye, kalau saya dh sem 3 baru nk mohon ptptn boleh kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye masih boleh. Tapi amaun/jumlah yg akan dpt tu xsama la macam org yg apply dari sem 1 sbb ptptn akan bg ikut sem yg masih ada dan perlukn.

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Presentation Tips

Student Life 181219 Assalamualaikum guys, I'm back after so long, do you miss me? Okay, the reason why I'm not posting any blog for a couple of days is that I have a test and presentation. It's such a hectic day. So long story short, my lecturer comments on our presentation and I thought it will be best if I posted here. We all can learn a very valuable lesson here. Tips 1. Prepare your slide When I meant prepared your slide is, you need to know the content of your slide so that you can elaborate it in front of your audience. Make sure the word, picture or example is prepared by you and not from your other group members if you are the want that wants to present the topic.  2. Words from the slide must be clear. When you write the content, you need to make sure that the point that you prepare can be readable for audiences. It is important to make sure that the audience can also see and read your slide. It means that you only put important points o...

Harga Braces dan Process

260326 Assalamualaikum semua, lama tak borak dekat sini kan. Jadi harini Nurul nak share perjalanan Nurul ketika buat Braces. Pada sesiapa yang belum tahu, gigi Nurul sebenarnya tak teratur pada bahagian hadapan. Nampak tak cantik lah bila senyum. Jadi Nurul decide nak pakai braces.   Seminggu sebelum puasa tahun 2021 tak silap Nurul decide nak pakai braces. Tapi sebelum tu, Nurul ada tanya kawan proses dia buat braces, berapa harga, dekat mana. So, sebelum buat braces ni kena survey betul-betul dulu tau. Bukannya terus pakai je. 1. Survey harga keseluruhan, klinik gigi, rawatan, bayaran bulanan dan lain-lain.      Kalau tempat yang Nurul buat ni, bayaran keseuruhan RM3000. Deposit kita kena bayar RM800. Bulanan kena bayar RM100.  Klinik yang Nurul buat braces adalah di Klinik Sofea, Tanah Merah. Dia ada beberapa cawangan lain jugak, contohnya pengkalan chepa, kota bharu. Bagusnya bila klinik ni banyak cawangan ialah, apabia kita nak tukar lokasi, senang un...

Simpanan Cash, Emas Perhiasan, Gold Bar @ Dinar Mana Lebih Untung?

  STUDENT LIFE 240523 SIMPANAN CASH, EMAS PERHIASAN, GOLD BAR @ DINAR YANG MANA LEBIH UNTUNG? Sebagai seorang individu yang ada kehendak & keperluan, simpanan ni penting sebenarnya. Tak kira lah jumlah yang kita simpan setiap bulan tu sedikit atau besar, yang penting kita konsisten simpan. Jangan pernah rasa sia-sia simpan. Sia-sia simpan, kalau yang kita simpan tu sikit. Jangan!. Sia-sia kita simpan kalau nak dibandingkan dengan adik-beradik kita yang ada simpanan lagi banyak. Jangan!. Tapi ada jugak yang fikir, buat apa nak simpan, baik duit yang ada tu kita guna sepenuhnya. Ye lah dah kerja keras, lepas tu tak boleh nak spend. Ruginya. Salah tu ye kawan-kawan, mentaliti macam ni tak sepatutnya ada. Ada sesetengah orang kan dia amalkan YOLO (You Only Live Once), takde simpanan.  Dengan ada simpanan, walaupun tak seberapa boleh bantu kita kalau tiba-tiba kita ada kecemasan. Contoh, kemalangan, sakit, atau tiba-tiba dibuang kerja. Semua benda yang saya sebeutkan tadi, semu...