Skip to main content

Asrama starter pack + Resepi Vietnamese Roll


STUDENT LIFE
101219

Assalamualaikum guys,



Harini Nurul nak share makanan yang korang sepatutnya makan sebagai student, okay. Jangan asyik makan mee segera @ maggie je. Tak elok. Nurul faham sebagai student ni kita tak ada duit sangat, dan tak cukup masa. Ye lah, duit yang ada tu nak beli makanan, print assignment, buku, toiletries, dan banyak lagilah. Benda yang kecik-kecik tu yang kita tak sedar padahal dah buat duit belanja kita habis. Walaubagaimana pun, kesihatan kita pun kena jaga jugak tau. Badan ni kita nak guna lama. Tak nak lah umur 20 dah sakit-sakit. 

Antara makanan yang korang sepatutnya beli selain daripada maggie ialah:-

1. Roti
- Roti slice tu korang sebagai student boleh la makan. Yang kecik Rm 2.50 yang panjang Rm 3.50. Letak jam @ kaya pun dah sedap. Makan macam tu pun dah sedap. Makan dengan air tea o panas lagi best.

2. Biskut
- Selain daripada roti, korang boleh beli biskut. Biskut Cap Ping Pong pun dah okay. Harga dalam Rm 4 lebih. Cicah dengan air tea o panas. Kalau dulu-dulu orang letak susu. Best jugak. 

3. Nestum @ Oat.
- Yang ni pun murah jugak. Packet kecik tu dalam Rm 4 lebih rasanya. Bancuh air panas dengan nestum, kalau nak tambah susu pun boleh siapa yang suka manis.  



4. Vietnamese Roll
- Sekarang ni student boleh buat vietnamese roll ni. Mudah sangat. 
- Vietnamese spring roll dalam Rm 3 lebih yang sikit tu.
- Crab stick pun dalam Rm 3 lebih.
- Korang boleh beli salad, carrot, 
- Lepas tu korang boleh beli sohoon @ bihun. Bihun dalam Rm 2 
- Lepas tu korang beli sos cili thai untuk cicah. Sos thai dalam Rm 4 lebih.

Vietnamese Roll ni korang boleh buat banyak. Bahan yang perlu korang rebus adalah crab stick dan bihun tu. Yang lain basuh bersih-bersih. 

Cara-cara nak buat Vietnamese Roll adalah:-

1. Rebus crab stick + sohhon @ bihun
2. Basuh salad + carrot dan potong nipis-nipis
3. Celup Vietnamese spring roll dengan air biasa. (Tak perlu air panas)
4. Atur crab stick, bihun, salad & carrot dan balut macam popia.
6. Siap dan boleh dimakan bersama sos thai

5. Telur rebus + kicap pun sedap. Sesuai untuk sarapan. Sarapan pagi ni penting tau. Baru lah korang ada tenaga. Kalau nak tunggu tengah hari baru nak makan, perut tu mesti dah berbunyi lagu rock kapak kan. So, alas perut tu dulu ye sebelum keluar bilik untu ke class tu.

Makanan-makanan ni sesuai la untuk student yang duduk asrama. Asrama tu pulak tak sediakan dapur. Jadi korang boleh bawak heater. Heater tu bukan untuk masak maggie je tau. 

Apa-apa pun jaga kesihatan tau. 

Kalau ada makanan-makanan yang korang rasa sesuai, Comment kat bawah ye.

Thank you guys.

p/s : gambar dari google

Comments

Popular posts from this blog

PTPTN + Step By Step

STUDENT LIFE 111219 Assalamualaikum guys, Harini Nurul nak cerita pasal PTPTN. Blog ni khusus untuk student macam korang yang mula-mula nak apply PTPTN ni @ kali kedua nak mohon. Sebelum Nurul bagitahu step-step yang korang kena buat, Nurul bagitahu dulu serba sedikit pasal PTPTN ye. PTPTN ni salah satu cara untuk student dapatkan pinjaman untuk pelajaran. Selain PTPTN ada jugak pinjaman MARA, JPA dan lain-lain lagi lah.  Ada beberapa perkara yang korang kena buat selepas korang dapat surat tawaran sambung belajar. 1. Bukak akaun SSPN Untuk dapatkan pinjaman PTPTN ni, korang kena bukan akaun SSPN ni dulu. Pihak PTPTN wajibkan ye, lepas dah ada akaun SSPN barulah korang boleh buat permohonan. Nak bukan akaun SSPN ni korang boleh pergi pejabat pos pun dah okay. Korang cuma perlu Rm 10@ Rm 20 untuk buka akaun tu. Dulu dia akan bagi buku bank. Tapi sekarang ni tak payah buku bank dah. 2. Beli no.pin Lepas dah buka akaun SSPN, korang kena beli no.pin. No....

Presentation Tips

Student Life 181219 Assalamualaikum guys, I'm back after so long, do you miss me? Okay, the reason why I'm not posting any blog for a couple of days is that I have a test and presentation. It's such a hectic day. So long story short, my lecturer comments on our presentation and I thought it will be best if I posted here. We all can learn a very valuable lesson here. Tips 1. Prepare your slide When I meant prepared your slide is, you need to know the content of your slide so that you can elaborate it in front of your audience. Make sure the word, picture or example is prepared by you and not from your other group members if you are the want that wants to present the topic.  2. Words from the slide must be clear. When you write the content, you need to make sure that the point that you prepare can be readable for audiences. It is important to make sure that the audience can also see and read your slide. It means that you only put important points o...